20 Januari 2010

Dugaan Dari Allah....

Assalamualaikum....

Hari ni, Rabu 20 Jan 2010.
Kul 4.30am tadi aku terima panggilan dari mak di kampung bagitau yang anak aku skg ni sudah 2 hari demam dan tidak lalu makan. Malah setiap kali tidur dia akan mengigau menyebut nama aku. Sebak aku mendengarnya...

Pada awalnya aku merancang akan balik ke kampung bersama dengan isteri ku pada hari Sabtu ni. Tapi terpaksa aku balik dulu pagi ni kemudian balik ke KL semula pada hari Khamis dan balik ke kampung semula pada hari Sabtu.

Perancangan hari ini pulak terpaksalah aku batalkan iaitu untuk menziarahi salah seorang senior sahabat ku di Arau, Perlis. Maaf Che Din & Tuan Yang Arif, En.Man... terpaksa lah kita aturkan semula pada tarikh yang lain.

Berbalik kepada kisah anak aku tadi...skg ni hampir kul 6.00am. mmg aku tak boleh tidur dah setelah dengar berita dari mak tadi. abah nasihatkan aku agar balik naik bas je...kerana mmg kebiasaan abah nasihat kami bila ada perkara yang boleh dianggap kecemasan, beliau tidak menggalakkan kami memandu kereta sendiri...khuatir dipengaruhi emosi agaknya.

Kepada bos aku pulak(QA/QC dept), aku minta sori bebanyak...pasal akhir2 ini mmg aku rasa kureng nak buat keje. Ntah la nape...aku pun tak tau...

K,la dulu...aku nak Subuh plak.
Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segera demam anak aku nih. Amin....

03 Januari 2010

Terlerai Sudah Kekusutan...

Assalamualaikum...buat semua yang "tersengaja" menjenguk blog aku nih...

Alhamdulillah...
kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara ditahun 2010.
Bagi aku bermulanya tahun 1431H dan 2010M nih...
Banyak kekusutan yang terlerai dan timbul pula persoalan yang baru dalam hidup aku ini...

Pertamanya aku memanjatkan rasa syukurku kehadrat Illahi...kerana isteriku telah ditempatkan untuk mengajar di Sungai Besar, Selangor, walaupun itu bukanlah tempat seperti yang aku rancangkan (sepertimana yang aku taip didalam post sebelum ini iaitu disekitar Besut)namun ku rasa amat bersyukur sekali bukan sahaja keputusan dimana isteriku akan ditempatkan diketahui malah Allah telah memudahkan urusan sepanjang proses posting tu dari segi kelancaran perjalanan ku dari Besut ke Segamat kemudian dari Segamat ke Sungai Besar, juga urusan pencarian sekolah tempat mengajar dan juga tempat penginapan sementara isteriku di Sungai Besar. Alhmdulillah atas bantuan dari teman isteriku, Mai dan ibunya (beliau juga seorang guru senior di sekolah yang sama) segala urusan berkaitan dapat diselesaikan dengan mudah.

Persoalan baru yang timbul pula... bagaimana pula aku nak merealisasikan cita-cita aku hidup sebumbung bersama2 dengan isteri dan anak2. Buat masa ni, aku masih berkerja di Cheras manakala anak2 aku berada di Segamat dibawah jagaan Atuk dan Nenek mereka.

Untuk pengetahuan semua... sebelum isteriku mendapat tawaran menyambung belajar di maktab... dia bertugas disebuah jabatan kerajaan secara kontrak di Jerteh, Trg dan tinggal di sana bersama2 anak dirumah mertua ku. Sedangkan aku ditugaskan di tapak projek baru di Cheras (aku ni bekerja di sebuah syarikat pembinaan). Semasa isteriku mengikuti kursus perguruannya di Maktab, anak2 diletak dibawah jagaan kedua ibubapaku di Segamat manakala isteriku tinggal di rumah kakitangan tempat aku tinggal di Cheras nih (senang cerita bukan rumah tetapi sedikit ruang didalam rumah tersebut kerana ada staff lain yang turut sama tinggal dirumah tu...)tindakkan aku ni bukanlah kerana takut komitmen menjaga anak... tetapi nak memudahkan agar isteriku dapat memberi tumpuan belajar...

Sekarang ni setelah hampir semuanya selesai, aku bertekad tidak mahu lagi hidup berasingan dengan isteri dan anak-anakku. Aku akan berusaha sedayaupayaku untuk mencari alternatif agar aku dapat merealisasikan cita-cita aku ini....
Aku berdoa agar Allah terus melimpah kurniakan rahmat-Nya agar aku dapat mencapai cita-cita ku yang satu ini dengan sempurna...