20 Januari 2010

Dugaan Dari Allah....

Assalamualaikum....

Hari ni, Rabu 20 Jan 2010.
Kul 4.30am tadi aku terima panggilan dari mak di kampung bagitau yang anak aku skg ni sudah 2 hari demam dan tidak lalu makan. Malah setiap kali tidur dia akan mengigau menyebut nama aku. Sebak aku mendengarnya...

Pada awalnya aku merancang akan balik ke kampung bersama dengan isteri ku pada hari Sabtu ni. Tapi terpaksa aku balik dulu pagi ni kemudian balik ke KL semula pada hari Khamis dan balik ke kampung semula pada hari Sabtu.

Perancangan hari ini pulak terpaksalah aku batalkan iaitu untuk menziarahi salah seorang senior sahabat ku di Arau, Perlis. Maaf Che Din & Tuan Yang Arif, En.Man... terpaksa lah kita aturkan semula pada tarikh yang lain.

Berbalik kepada kisah anak aku tadi...skg ni hampir kul 6.00am. mmg aku tak boleh tidur dah setelah dengar berita dari mak tadi. abah nasihatkan aku agar balik naik bas je...kerana mmg kebiasaan abah nasihat kami bila ada perkara yang boleh dianggap kecemasan, beliau tidak menggalakkan kami memandu kereta sendiri...khuatir dipengaruhi emosi agaknya.

Kepada bos aku pulak(QA/QC dept), aku minta sori bebanyak...pasal akhir2 ini mmg aku rasa kureng nak buat keje. Ntah la nape...aku pun tak tau...

K,la dulu...aku nak Subuh plak.
Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segera demam anak aku nih. Amin....

03 Januari 2010

Terlerai Sudah Kekusutan...

Assalamualaikum...buat semua yang "tersengaja" menjenguk blog aku nih...

Alhamdulillah...
kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara ditahun 2010.
Bagi aku bermulanya tahun 1431H dan 2010M nih...
Banyak kekusutan yang terlerai dan timbul pula persoalan yang baru dalam hidup aku ini...

Pertamanya aku memanjatkan rasa syukurku kehadrat Illahi...kerana isteriku telah ditempatkan untuk mengajar di Sungai Besar, Selangor, walaupun itu bukanlah tempat seperti yang aku rancangkan (sepertimana yang aku taip didalam post sebelum ini iaitu disekitar Besut)namun ku rasa amat bersyukur sekali bukan sahaja keputusan dimana isteriku akan ditempatkan diketahui malah Allah telah memudahkan urusan sepanjang proses posting tu dari segi kelancaran perjalanan ku dari Besut ke Segamat kemudian dari Segamat ke Sungai Besar, juga urusan pencarian sekolah tempat mengajar dan juga tempat penginapan sementara isteriku di Sungai Besar. Alhmdulillah atas bantuan dari teman isteriku, Mai dan ibunya (beliau juga seorang guru senior di sekolah yang sama) segala urusan berkaitan dapat diselesaikan dengan mudah.

Persoalan baru yang timbul pula... bagaimana pula aku nak merealisasikan cita-cita aku hidup sebumbung bersama2 dengan isteri dan anak2. Buat masa ni, aku masih berkerja di Cheras manakala anak2 aku berada di Segamat dibawah jagaan Atuk dan Nenek mereka.

Untuk pengetahuan semua... sebelum isteriku mendapat tawaran menyambung belajar di maktab... dia bertugas disebuah jabatan kerajaan secara kontrak di Jerteh, Trg dan tinggal di sana bersama2 anak dirumah mertua ku. Sedangkan aku ditugaskan di tapak projek baru di Cheras (aku ni bekerja di sebuah syarikat pembinaan). Semasa isteriku mengikuti kursus perguruannya di Maktab, anak2 diletak dibawah jagaan kedua ibubapaku di Segamat manakala isteriku tinggal di rumah kakitangan tempat aku tinggal di Cheras nih (senang cerita bukan rumah tetapi sedikit ruang didalam rumah tersebut kerana ada staff lain yang turut sama tinggal dirumah tu...)tindakkan aku ni bukanlah kerana takut komitmen menjaga anak... tetapi nak memudahkan agar isteriku dapat memberi tumpuan belajar...

Sekarang ni setelah hampir semuanya selesai, aku bertekad tidak mahu lagi hidup berasingan dengan isteri dan anak-anakku. Aku akan berusaha sedayaupayaku untuk mencari alternatif agar aku dapat merealisasikan cita-cita aku ini....
Aku berdoa agar Allah terus melimpah kurniakan rahmat-Nya agar aku dapat mencapai cita-cita ku yang satu ini dengan sempurna...

20 Disember 2009

Assalamualaikum...

Hari ini hari Ahad...
Hari yang cukup membosankan bagi aku....entahlah knape? bukan la aku sronok sgt pi keje pun skg ni...

Isteri dan anak2 aku skg ada kat kg (Besut)... Sejak isteriku habis pengajiannya hujung bulan lepas, aku mmg bg dia peluang untuk balik ke kg selama mana yang dia suka sementara belum dipanggil posting untuk mengajar.

Aku plak mmg sgt2 malas nak kuar rumah hari ni..duk kat umah samada mengadap PC buruk aku nih ataupun layan tidur atas tilam...
Hmmm...teruk betul aku rasa hari nih... tak produktif langsung...!!!

Terpikir gak...kat mana lah isteri aku akan ditempatkan... kalau la bukan tempat yang seperti diharapkan...hmmm...kene ubah lagi la plan aku nih... Pada awalnya, aku rancang kalau isteri aku ni ditempatkan disekitar Besut maka aku akan berhenti keje dan memulakan hidup baru dengan berniaga... menyambung perniagaan yang diusahakan oleh mak mertua aku... senang cerita kira jadi pembantu je lah.... Plan ni dah lama aku rancangkan, sejak hujung tahun lepas lagi... tetapi terpaksa aku tangguhkan kerana isteri aku mendapat tawaran belajar awal 2009 malah Institut Perguruannya berdekatan dengan kawasan rumah staff yang aku duduki skg nih.

Sebenarnya aku dah jemu makan gaji nih (buat masa ni laaa)... aku dah keje dgn sykt nih dah hampir 8 tahun.... aku mmg jenis tak suka pindah2 keje (kalau bole...) tapi akhir2 ini suasana kat office amat tidak menyenangkan... majikan aku mmg jenis manusia yang berhati besi (karat?)... aku yang duk lama ni mmg lah dah tau perangainya... tapi member yg baru join ni mmg susah nak terima "kekaratan" hati majikan aku nih... biasalah hujung2 tahun mcm ni biasanya ada "durian runtuh" utk staff,kan... tapi khabar angin yang bertiup hanyalah sekadar angin yang berlalu sahaja dan akhirnya timbullah konfrantasi antara majikan dgn staf2 yg ada... sedikit sebanyak adalah tempiasnya kat aku... cuma tak teruk sgt frustnya tuh (pasal mmg aku dah lama makan hati dgn majikan aku nih..hehe...)
Gitu lah kira2nya...hinggalah saat post ini ditaip... keadaan di office masih belum reda lagi... malah ramai yang dah ada temujanji untuk temuduga minggu depan(stat esok)... aku doakan agar korang berjaya lah.... dan harap2 sebelum terima satu2 jawatan tu risik2 lah dulu sapa bakal majikan korang....

K...la setakat ni je dulu...aku pun tak tau apasal aku merepet nih....

Wassallam

19 Disember 2009

Salam Maal Hijrah...1431

Assalamualaikum kepada semua umat Islam seluruh dunia...

Alhamdulillah...
Setahun telah berlalu...
Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan udara berlegar diruang hidung dan mulut ku secara normal.
Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan otot2 tubuh ku berfungsi dengan normal.
Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan aku hidup dimuka bumi ini dengan normal.
Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana memberikan segala-galanya dalam hidupku ini dengan normal.

Biarpun segala macam keburukan, kejahatan, kekhilafan serta segala macam dosa yang ku lakukan dimuka bumi ini sepanjang tahun-tahun yang berlalu...
Kau masih...Kau tetap memberikan segalanya tanpa kurang walau sedikitpun....

Ya Allah...
Kerdilnya aku...
Malunya aku...
Hinanya aku...
Tubuh yang Kau pinjamkan ini...telah ku rosakkan...
Akal yang Kau anugerahkan ini...telah ku abaikan...
Umur yang Kau panjangkan ini...telah ku sia-siakan...
Rezeki yang Kau curahkan ini...telah ku bazirkan...
Tapi...Kau tak pernah berpaling dari ku walau sedetik pun...

Ya Allah...
Bagaimana aku berhadapan dengan Mu dalam keadaan begini...?
Ya Allah...

15 Disember 2009

Assalamualaikum...

Alhamdullah , akhirnya aku berjaya membina sebuah blog yang tak seberapa nih... Blog ni ku jadikan untuk aku meluahkan rasa hati dan apa saja yang terbuku didalam minda aku yang cetek ini.

Mungkin ada kata-kata yang tak sedap dibaca atau perkataan-perkataan yang salah dieja.. aku minta maaf awal-awal... kalau ada kata-kata yang aku taip nih menyinggung sesiapa saja yang menatap ruang blog ku ini... sekali lagi aku minta maaf awal-awal... kerana tiada niat dihati ini untuk mengenakan sesiapa... cuma sekadar luahan minda dan hati sahaja...